Followers

Sunday, June 5, 2011

masalah kesihatan


Oleh : Ummu Zahid
Entahlah......
Agaknya tahun ini menjadi tahun yang meresahkan bagi kesihatan keluarga,
satu demi satu aral yang datang dari awal tahun lagi,namun tak dinafikan mungkin
ini adalah ujian dari yang esa bagi menguji sejauh manakah keimanan dan
ketaqwaan hamba kepadanya.
Seawal bulan pertama persekolahan....
Anakku yang baru melangkah tahun satu,
suatu petang setelah pulang dari sekolah dia mengadu badannya gatal-gatal.
Setelah diperiksa memang badannya penuh berbedam, hampir sebulan
penyakit yang dihidapinya tak mau juga hilang walaupun berbagai jenis ubat yang telah
ditelan dan dilumur. Malangnya penyakit itu bukan setakat dia seorang saja malah
telah menular kepada dua abang dan dua adiknya. Mereka turut mengalami kegatalan
yang sama, sehingga memaksa kami membawa ke klinik untuk kali kedua pada bulan april.
Kali ini mereka dikatakan scabicide,
Aduh.... seksa rasanya nak merawat penyakit ini.
Apa tidaknya setiap pagi membelek kaki dan tangan yang bernanah,
yang mesti dipecahkan dulu sebelum dilumur ubat dan diberi minum antibiotik.
begitu juga malamnya menuntut aku melakukan rutin yang sama. Berbagai cara
yang dilakukan bagi mendapatkan proses penyembuhan termasuklah
merebus pakaian mereka, dan kini Alhamdulillah mereka sudah beransur pulih.
Aku benar-benar berharap semoga ia tidak berulang lagi.amin.

Blog Kesihatan...

Blog Isu-Isu Semasa...