Followers

Sunday, October 25, 2009

Blog Keluarga


Ni adalah blog keluarga.. Banyak benda yang nak di catatkan buat peringatan dan perkongsian di alam maya ini. Tentang anak-anak, tentang pekerjaan dan sebagainya lagi.

Apakan daya kemampuan menjana idea dan masa yang ada membantutkan hasrat dan tujuan blog ini di buka. Dah berapa kali meminta isteri untuk menulis apa-apa catatan yang boleh di kongsi, tapi seribu alasan di berikan untuk menyimpan skill yang pernah di asah ketika menyertai kursus yang di isi oleh Sastrawan Azizi Abdullah satu ketika dulu.

InsyaAllah blog ini tidak akan di tinggalkan sepi lagi selepas ini. Soal pendidikan anak-anak akan cuba di beri perhatian di samping hal-hal lain yang menjadi rencah kehidupan akan di abadikan untuk menjadi asam garam yang menyedapkan hidup sementara ini.

Telatah anak-anak sering menjadi penghibur.....

No comments:

Post a Comment

Blog Kesihatan...

Blog Isu-Isu Semasa...